Hubungan ekonomi dengan Amerika Syarikat Ekonomi_Indonesia

Eksport Indonesia ke Amerika Syarikat pada tahun 1999 berjumlah AS$9.5 bilion, manakala importnya dari Amerika Syarikat berjumlah AS$2.0 bilion, suatu penurunan yang ketara daripada AS$4.5 bilion pada tahun 1997. Barang-barang eksportnya ke Amerika Syarikat terdiri terutamanya daripada pakaian, jentera, dan pelengkapan pengangkutan, petroleum, getah asli, dan kasut, manakala barang-barang import termasuk pelengkapan pembinaan, jentera, barang penerbangan, bahan kimia, dan hasil pertanian.

Bantuan ekonomi kepada Indonesia diselaraskan oleh Kumpulan Perunding tentang Indonesia (CGI) yang dibentuk pada tahun 1989. Ia terdiri daripada 19 buah negara penderma dan 13 buah pertubuhan antarabangsa yang bermesyuarat setiap tahun untuk menyeleraskan bantuan penderma. Mesyuarat CGI pada tahun 2000 diadakan di Tokyo pada 17-18 Oktober.

Agensi Amerika Syarikat untuk Pembangunan Antarabangsa (USAID) telah memberikan bantuan pembangunan kepada Indonesia sejak dari tahun 1950. Pada mula-mulanya, bantuan tertumpu kepada keperluan-keperluan republik baru yang paling cemas, termasuk bantuan makanan, pemulihan infrastruktur, penjagaan kesihatan, dan latihan. Pada sepanjang dekad 1970-an yang merupakan tempoh pertumbuhan ekonomi yang pesat di Indonesia, USAID memainkan peranan yang utama untuk membantu negara mencapai mampu diri dalam pengeluaran beras serta dalam pengurangan kadar kelahiran.

Rancangan USAID terkini bertujuan untuk membantu Indonesia memulihkan daripada krisis kewangan dengan memberikan bantuan makanan, kegiatan-kegiatan yang menjanakan pekerjaan, serta mengekalkan perkhidmatan kesihatan awam yang genting. USAID juga sedang membekalkan penasihat-penasihat teknik untuk membantu Kerajaan Indonesia melaksanakan pembaharuan ekonomi dan pemencaran fiskal, selain daripada menyokong kegiatan-kegiatan pendemokrasian dan pembangunan masyarakat awam melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.